Edisi Softcover.
Buku tafsir empat surah dalam Juzuk 30 ini antara surah-surah yang terkenal di alam Melayu. Mengikut susunan mengundur, al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menghuraikan empat surah ini bermula Surah al-Fil, Surah al-Humazah, Surah al-‘Asr dan Surah al-Takathur.
Kesinambungan daripada buku tafsir 6 surah iaitu Surah al-Masad hingga Surah Quraisy, buku tafsir ini membawa kita untuk memahami dengan lebih dalam tunjangan akidah Islam yang sebenar. Al-Marhum Tuan Guru membawa kita menelusuri setiap bilah-bilah perkataan yang terkandung di dalam surah-surah Kalamullah yang agung ini, sehingga terasa seolah-olah kita melihat dan mengalami sendiri denyut nadi perjuangan baginda menyebarkan akidah Tauhid kepada Allah ‘Azza wa Jalla.
Deruan dan arus untaian kalimah Mutiara bicara al-Marhum Tuan Guru, memberi kita visual yang jelas dalam meneroka kalimah Al-Quran yang mulia.